Alaioli
By S.KUMARA
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia dan lima pihak lain diarah memfailkan pernyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, bagi menjawab saman oleh 11 peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) sebelum tarikh pengurusan kes pada 21 Mei depan.
Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili peserta Garah itu selaku plaintif berkata, mahkamah menetapkan tarikh berkenaan semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nik Nur Amalina Mat Zaidan.
"Prosiding akan datang ditetapkan bulan hadapan iaitu lima minggu daripada tarikh prosiding ini," katanya kepada media.
Pada 16 Mac, Pegawai Khas Komunikasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi dan 10 individu yang ditahan semasa himpunan GARAH di kompleks beli-belah Sogo, Februari lalu memfailkan saman tersebut.
Selain Gulab Jan, mereka selaku plaintif ialah Esma Hisham Zainul Nor, Mohamad Jamalee Basah, Hishammudin Abu Bakar, Monashofian Putra, Mohamad Shafiq Abdul Halim, Jurasmadi Pauzi, Mohammad Faizal Bakhari, Elza Nadiah Shaik Sulaiman, Baharin Mohd Tahir dan Iskandar Khoo Kuan Yiaw.
Mereka memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Zainul Rijal dengan menamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai defendan pertama hingga keempat.- Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
வரும் 2030 க்குள் ' வாசிக்கும் நாடாக' மலேசியா உருவாகும்.
சிலாங்கூர்
ஜெஞ்ஜாரோம் பால சுப்பிரமணியர் ஆலயத்தில் கந்த சஷ்டி கவசத்தை 12 மணி நேரம் இடைவிடாது பக்தர்கள் பாராயணம் செய்து சாதனை-பாப்பா ராய்டு பாராட்டு
கோலாலம்பூர்
Seorang pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah di pusat hiburan di Ipoh - Bukit Aman
ஜொகூர்
டயாலிசிஸ் சிகிச்சை பெறுவோருக்கு “பந்துவான் காசிஹ் ஜொகூர்” – சரஸ்வதி விளக்கம்
கால்பந்து
Red Deviils hampir menamatan badi dua musim untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan
கோலாலம்பூர்
BN kekalkan formula agihan kerusi untuk hadapi PRU, PRN akan datang - Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
சிலாங்கூர்
மின்னல் தாக்கியதில் பாதிக்கப்பட்டுள்ள குடும்ப மாது தமிழ்ச் செல்விக்கு பாப்பா ராய்டு கருணைமிக்க உதவி
கோலாலம்பூர்
Pelajar sekolah menengah di Indonesia dikecam tunjuk isyarat jari tengah kepada guru