Alaioli
By S.KUMARA
ALOR SETAR – Polis telah menggerakkan seramai 57 anggota dan pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) ke 13 stesen minyak yang berisiko berlaku ketirisan bahan api di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan negeri Kedah, Perlis dan Perak.
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Balveer Sing Mahindar Singh berkata, stesen minyak ‘hot spot’ tersebut melibatkan enam di Kedah, lima di Perlis dan dua di Perak.
Katanya, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan tiada ketirisan minyak diesel dan petrol di semua lokasi yang disasarkan.
“Pemantauan Ops Tiris 4.0 dilaksanakan secara syif bermula seawal pukul 6.30 pagi dengan kehadiran berterusan anggota PGA di semua stesen minyak yang dikenal pasti sebagai ‘hot spot’ tersebut.
“Penugasan diteruskan sehingga stesen minyak berkenaan ditutup,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau, usaha itu penting bagi memastikan bahan api bersubsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.
Justeru jelasnya lagi, ia melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) [PetrolRON95] 2026 yang berkuat kuasa pada 1 April lalu serta Peraturan Pembelian Bahan Api Bersubsidi di dalam Bekas di Malaysia, ” tegas beliau.
Polis Diraja Malaysia akan terus mempertingkatkan keberkesanan operasi melalui pemantauan berterusan,pengukuhan risikan dan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan.
"Di samping itu, kita juga menggesa orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan penyelewengan bahan api bersubsidi," tegasnya lagi. - Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
வரும் 2030 க்குள் ' வாசிக்கும் நாடாக' மலேசியா உருவாகும்.
சிலாங்கூர்
ஜெஞ்ஜாரோம் பால சுப்பிரமணியர் ஆலயத்தில் கந்த சஷ்டி கவசத்தை 12 மணி நேரம் இடைவிடாது பக்தர்கள் பாராயணம் செய்து சாதனை-பாப்பா ராய்டு பாராட்டு
கோலாலம்பூர்
Seorang pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah di pusat hiburan di Ipoh - Bukit Aman
ஜொகூர்
டயாலிசிஸ் சிகிச்சை பெறுவோருக்கு “பந்துவான் காசிஹ் ஜொகூர்” – சரஸ்வதி விளக்கம்
கால்பந்து
Red Deviils hampir menamatan badi dua musim untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan
கோலாலம்பூர்
BN kekalkan formula agihan kerusi untuk hadapi PRU, PRN akan datang - Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
சிலாங்கூர்
மின்னல் தாக்கியதில் பாதிக்கப்பட்டுள்ள குடும்ப மாது தமிழ்ச் செல்விக்கு பாப்பா ராய்டு கருணைமிக்க உதவி
கோலாலம்பூர்
Pelajar sekolah menengah di Indonesia dikecam tunjuk isyarat jari tengah kepada guru