Alaioli
By Alaioli
IPOH – Sebanyak 29,310 permohonan bagi kemasukan Tahun Satu bagi Sesi Akademik 2027 telah diterima di negeri Perak sehingga 31 Mac 2026.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 25,027 murid adalah berumur tujuh tahun manakala 4,283 melibatkan kemasukan pada umur enam tahun.
Katanya, jumlah itu masih berada dalam kapasiti semasa berbanding ketersediaan penempatan Tahun Satu di negeri Perak yang berjumlah 49,499 tempat.
“Terdapat kekurangan kira-kira 19,000 tempat lagi untuk kemasukan murid Tahun Satu namun jumlah permohonan itu dijangka meningkat ketika proses pendaftaran dibuka kembali bermula 1 Mei hingga 15 November depan tahun ini.
“Saya berharap perkara ini tidak menimbulkan kebimbangan kerana berdasarkan data semasa, kita masih mampu menampung kemasukan murid termasuk bagi kohort umur enam dan tujuh tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Rosli Abd. Rahman (PN-Pasir Panjang) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Bangunan SUK negeri di sini, Jumaat.
Mengulas lanjut, Khairudin turut menambah bahawa, sesi libat urus telah dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama semua sekolah bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta mengenal pasti keperluan sebenar di lapangan.
Menurut beliau , pendekatan itu membolehkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memperoleh gambaran dan menilai tahap kesediaan menyeluruh berhubung kapasiti sedia ada serta cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah.- Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
வரும் 2030 க்குள் ' வாசிக்கும் நாடாக' மலேசியா உருவாகும்.
சிலாங்கூர்
ஜெஞ்ஜாரோம் பால சுப்பிரமணியர் ஆலயத்தில் கந்த சஷ்டி கவசத்தை 12 மணி நேரம் இடைவிடாது பக்தர்கள் பாராயணம் செய்து சாதனை-பாப்பா ராய்டு பாராட்டு
கோலாலம்பூர்
Seorang pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah di pusat hiburan di Ipoh - Bukit Aman
ஜொகூர்
டயாலிசிஸ் சிகிச்சை பெறுவோருக்கு “பந்துவான் காசிஹ் ஜொகூர்” – சரஸ்வதி விளக்கம்
கால்பந்து
Red Deviils hampir menamatan badi dua musim untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan
கோலாலம்பூர்
BN kekalkan formula agihan kerusi untuk hadapi PRU, PRN akan datang - Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
சிலாங்கூர்
மின்னல் தாக்கியதில் பாதிக்கப்பட்டுள்ள குடும்ப மாது தமிழ்ச் செல்விக்கு பாப்பா ராய்டு கருணைமிக்க உதவி
கோலாலம்பூர்
Pelajar sekolah menengah di Indonesia dikecam tunjuk isyarat jari tengah kepada guru