Alaioli
Sindiket Pembantu Rumah Asing dibongkar:Pegawai Imigresen dan ejen ditahan

Oleh S.KUMARA

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan satu Operasi Khas pada Isnin 9 Mac 2026 di sekitar Setia Tropika, Johor Bahru susulan pembongkaran kegiatan

penyalahgunaan pas serta manipulasi sistem permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara dalam talian. 


Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan digerakkan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Johor sebagai kesinambungan kepada operasi yang telah dijalankan pada 2 dan 3 Mac lalu.

Katanya, menerusi operasi tersebut, pasukan operasi telah berjaya menahan seorang Pegawai Imigresen

lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ‘pemudah cara’ dalam memproses permohonan berkaitan. 


“Malah, pasukan operasi turut menyita seunit telefon bimbit serta beberapa dokumen yang dipercayai berkaitan dengan kegiatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.


Tambah Zakaria lagi, siasatan awal pihaknya mendapati suspek dipercayai telah meluluskan kemudahan Pas

Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kategori PRA kepada individu yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 


Jelasnya, suspek sedang disiasat di bawah peruntukan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Johor untuk tindakan lanjut. 


“Selain itu, dua lagi Pegawai Imigresen lelaki dan satu wanita warga tempatan turut diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan lanjut.


“Kejayaan operasi ini mencerminkan komitmen JIM dalam mempergiat

penguatkuasaan undang-undang imigresen, bukan sahaja melalui tindakan di lapangan malah dengan memperkukuh pemantauan terhadap sistem digital bagi memastikan kemudahan imigresen negara tidak disalahgunakan oleh mana-mana

pihak.


“Sebarang cubaan menyalahgunakan kemudahan imigresen negara tidak akan dikompromi sama sekali. 


“JIM juga tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam salah laku, dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” tegas Zakaria lagi.-Alaiolinews

Post ImagePost Image

Leave a Comment
Trending News