Alaioli
Op Dragon: 16 'ring leader' sindiket rakyat China bersembunyi di M'sia dicekup SPRM

Oleh S.KUMARA 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama pihak berkuasa China berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan antarabangsa yang dikendalikan rakyat negara tersebut. 


Op Dragon menyasarkan rangkaian sindiket yang dipercayai berpangkalan dan beroperasi di beberapa negara termasuk di Malaysia.


Ini kerana sindiket itu dikenal pasti menjalankan aktiviti penipuan merentas sempadan dengan menggunakan pelbagai platform komunikasi dan teknologi bagi memperdaya mangsa. 


Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, SPRM berjaya menahan seramai 16 suspek utama yang menjadi \'ring leader\', bersembunyi di negara ini menerusi beberapa siri operasi yang dijalankan secara bersepadu.


\"Semua mereka yang ditahan adalah suspek warga China dan mereka sudah dihantar pulang untuk dibicarakan di China. 


\"Proses penghantaran pulang dilakukan dengan kerjasama Kedutaan China serta Jabatan Imigresen Malaysia dengan semua prosedur perundangan dan diplomatik dipatuhi,\" katanya.


Rentetan daripada tangkapan tersebut SPRM turut berjaya melakukan sitaan pelbagai aset yang dipercayai diperoleh hasil aktiviti haram dan mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah sindiket terbabit bernilai RM3.5 juta.


Antara barangan yang disita termasuk dua unit kereta mewah, barang kemas, jongkong emas, komputer peribadi, komputer riba, wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta ratusan unit telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan sebagai alat utama dalam kegiatan itu. 


Nilai keseluruhan aset yang disita dianggarkan bernilai jutaan ringgit dan kini SPRM sedang menjalankan proses pelucuthakan terhadap aset-aset terbabit selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sebelum dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia.-Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News