Alaioli
Oleh S.KUMARA
KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mendakwa wujudnya gerakan terancang oleh segelintir pihak di dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang cuba mensabotaj imej baginda ekoran rasa tidak puas hati yang berakar umbi sejak sekian lama.
Baginda turut memberikan pencerahan bahawa pihak-pihak terbabit mula mengatur langkah secara sulit dengan mengadakan pertemuan bersama kumpulan penyokong, pengamal media, serta pempengaruh media sosial untuk melancarkan kempen sabotaj melalui pelbagai naratif negatif.
"Rasa kecewa pihak-pihak ini semakin memuncak apabila kerajaan menyalurkan dana terus kepada pasukan kebangsaan (Harimau Malaya), yang mana peruntukan tersebut tidak memberi manfaat kepada kepentingan peribadi mereka yang tidak terlibat.
"Ada beberapa pihak yang datang minta saya tolong nak dapatkan projek, ada juga yang datang minta tolong tak disiasat SPRM dan macam-macam.
"Tetapi ramai yang kecewa apabila kerajaan membantu beri dana kepada pasukan kebangsaan. Ramai tak puas hati kerana ada yang tak terlibat.
"Orang dalam patut bertanggungjawab
bukannya lepas tangan dan gunakan penyokong dan media untuk jadikan saya kambing hitam,\" titah baginda menerusi satu hantaran di akaun rasmi X miliknya pagi Selasa.-Alaiolinews
சுங்கை சிப்புட்
மத நல்லிணக்கத்தை சீர்குலைக்க கிளம்பிய கும்பல் : முறியடிப்பதில் உள்துறை அமைச்சருக்கு சவாலா..? கேள்வி கேட்கும் சுங்கை சிப்புட் நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் கேசவன்..!
ஷா ஆலம்
Provokasi berpotensi menjejaskan keharmonian serta menimbulkan api perpecahan dalam masyarakat berbilang kaum : EXCO Kerajaan Negeri Selangor Papparaidu Veraman
கோலாலம்பூர்
TMJ dakwa wujud sabotaj dalam FAM
சுங்கை சிப்புட்
மத நல்லிணக்கத்தை சீர்குலைக்க கிளம்பிய கும்பல் : முறியடிப்பதில் உள்துறை அமைச்சருக்கு சவாலா..? கேள்வி கேட்கும் சுங்கை சிப்புட் நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் கேசவன்..!
ஷா ஆலம்
திரிசூலத்தை காலால் மிதித்து சேதப்படுத்திய தமிம் டாஹ்ரிக்கு அரசு என்ன தண்டனை வழங்கவிருக்கிறது; பாப்பா ராய்டு கேள்வி.
நெகிரி செம்பிலான்
மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றத்தின் 30-வது ஆண்டுப் பொதுப் பேரவை
பந்திங்
இந்து வழிப்பாட்டு த் தலங்களைக் குறி வைத்து அத்துமீறல் அடாவடிகள் தொடரும் ஸம்ரி வினோத் மீது அரசின் நடவடிக்கை தேவை; ஹரிதாஸ் வேண்டுகோள்.
கோலாலம்பூர்
Op Dragon: 16 'ring leader' sindiket rakyat China bersembunyi di M'sia dicekup SPRM