Alaioli
Parcel 7 tan hangus dalam kebakaran

By Global Alaioli

JAKARTA – Sekurang-kurangnya tujuh tan bungkusan 'parcel' hangus selepas lori membawa barang dibeli oleh pelanggan melalui platform e-dagang, Shopee, terbakar di sebuah lebuh raya di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah. 

Lori trak yang membawa bungkusan milik Shopee Indonesia itu terbakar di Jalan Tol-Solo Semarang kelmarin. 

Ketua Jabatan Bomba Salatiga, Ponco Hasan Margono berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran sekitar pukul 5.45 pagi (waktu tempatan) dan api berjaya dipadamkan pada pukul 8.12 pagi (waktu tempatan). 

“Lori yang memiliki nombor pendaftaran B 9476 PEV itu dalam perjalanan dari Surabaya ke Jakarta. 

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan api di bahagian belakang kenderaan sebelum  merebak ke seluruh muatan,” kata Ponco. 

Tiada kecederaan dilaporkan, namun kira-kira tujuh tan bungkusan hangus dijilat api. 

Siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian masih dijalankan.- Agensi

Leave a Comment
Trending News