Alaioli
By Ilamparithi
KUALA LUMPUR – Op Vape 1.0 yang dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh negara berjaya membongkar kewujudan dadah sintetik berbahaya jenis furanyl fentanyl yang disyaki mula menembusi pasaran tempatan melalui kedai vape.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi yang berlangsung dari 13 hingga 17 April lalu melibatkan 1,177 pegawai dan anggota polis bersama 2,011 pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pihak berkuasa tempatan dan agensi lain.
“Operasi ini dijalankan serentak di seluruh negara dengan memfokuskan kepada pemeriksaan premis vape serta mengesan individu yang terlibat dalam pengedaran bahan terlarang.
“Hasilnya, sebanyak 1,670 premis diperiksa dengan 728 daripadanya didapati melanggar peraturan, manakala 20 tangkapan dibuat melibatkan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang berkaitan,” katanya pada sidang media di ibu negara.
Menurut beliau, sebanyak 8,091 peranti vape, 5,257 katrij serta 19.67 kilogram (kg) dadah berjaya dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM4.6 juta.
“Antara rampasan utama ialah cecair furanyl fentanyl seberat 18.55 kg, selain cecair THC, serbuk MDMA dan air ketum. Kesemua rampasan ini mampu merosakkan seramai 48,050 individu,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis memaklumkan bahawa hasil daripada operasi berkenaan, terdapat penemuan bahan yang disyaki mengandungi dadah jenis furanyl fentanyl di pasaran tempatan.
Menurutnya, rampasan dibuat di sebuah premis yang menjual vape, namun siasatan masih dijalankan bagi menentukan sama ada bahan tersebut dijual secara terbuka atau hanya kepada pelanggan tertentu.
“Pihak polis percaya penjualan dilakukan secara terpilih, melibatkan pelanggan tetap dan bukan secara umum kepada semua pengguna.
“Siasatan awal kami mendapati bahan berbahaya ini dipercayai dibawa masuk dari luar negara, berkemungkinan dari rantau Asia Tenggara dan bukan dihasilkan di dalam negara.
"Bagaimanapun, harga jualan masih dalam siasatan dan bergantung kepada kandungan serta jumlah cecair dalam vape berkenaan,” katanya.- Alaiolinews
சிலாங்கூர்
Konflik Asia Barat: PM memperkenalkan Kemudahan Khas RM5 bilion untuk Perusahaan PMKS
போதைப்பொருள்
Dadah jenis Furanyl dan Fentanyl mula tembusi pasaran melalui kedai Vape
ஆசியான்
Parcel 7 tan hangus dalam kebakaran
ஆலயம்
பக்தர்கள் வழிபடும் வழிபாட்டுத் தலங்கள் விற்பனை மையங்கள் அல்ல! - பாப்பா ராய்டு எச்சரிக்கை
ஆலயம்
மலேசிய இந்து சங்கம் சிலாங்கூர் மாநிலப் பேரவை 41 ஆவது ஆண்டுப் பொதுக்கூட்டம் = பாப்பா ராய்டு திறந்து வைத்து வாழ்த்துரை
சிலாங்கூர்
ஜெராம் பத்து பாத்தா கிராமத்தில் ஈக்கள் படையெடுப்பு தொடர்கிறது!- மாநில அரசின் நடவடிக்கை தேவை.
சிலாங்கூர்
பள்ளி மாணவர்கள் கழிப்பறை சுற்றுப் புறங்களைச் சுத்தம் செய்வது கேவலமில்லை!- சமூக ஆர்வலர் பரம்சிவா விளக்கம்.
ஆலயம்
தெலுக் இந்தான் சித்திரா பௌர்ணமி நெறியுடனும் பண்பாட்டுடனும் நடைபெற காவல் துறை தீவிரம் : டத்தோ சிவநேசனுடன் கையோடு கைகோர்ப்பு..!