Alaioli
By Ilamparithi
PUTRAJAYA, 23 APRIL – Kementerian Kesihatan pada Khamis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kewujudan kluster kanser dalam kalanggan kakitangan di Unit Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) seperti tular di media sosial.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam maklum balas berkenaan dakwaan itu berkata, pihaknya melalui Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) telah menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan dakwaan kewujudan kluster kanser dalam kalangan kakitangan di Unit Perubatan Nuklear, PPUM.
Katanya, siasatan berkenaan dilaksanakan bagi menilai tahap keselamatan radiasi serta pematuhan terhadap keperluan perundangan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).
"Hasil siasatan mendapati bahawa tahap keselamatan radiasi di fasiliti berkenaan adalah selamat, terkawal serta tiada isu pematuhan keselamatan sinaran yang kritikal.
"Sehubungan itu, tiada bukti teknikal yang menyokong dakwaan bahawa pendedahan radiasi di fasiliti ini telah menyebabkan kejadian kanser dalam kalangan kakitangan," katanya dalam kenyataan kementerian di sini.
Dalam perkembangan sama, KKM turut menegaskan bahawa keselamatan pesakit, pekerja kesihatan dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.
Justeru katanya, pemantauan berkala serta audit pematuhan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua fasiliti mematuhi standard keselamatan radiasi yang ditetapkan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan awam.
"KKM komited untuk memastikan ketelusan maklumat dan akan terus menyalurkan maklumat yang tepat berdasarkan bukti teknikal," tegas KKM lagi.- Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
கோலாலம்பூர் டேவான் பண்டாராயா மண்டப வாடகை முன்கட்டணத் தொகை வரும் மே முதல் நாளில் இருந்து குறைக்கும் நடவடிக்கை அமலுக்கு வரும்! ஹன்னா இயோ தகவல்
புத்ராஜெயா
Kes seleweng dana RM230 juta: SPRM sita aset RM18.36 juta
கோலாலம்பூர்
Lima negeri dilanda hujan lebat hingga 7 malam ini - MetMalaysia
Pembunuhan
2 suspek kes tembakan diberkas polis, pistol dirampas
புத்ராஜெயா
Tiada bukti teknikal wujud pendedahan radiasi sebabkan kanser dalam kalangan kakitangan di PPUM - KKM
மலேசியா
MCA Youth Formalizes Support for “Tangkap Azam Baki” Rally; Demands Urgent Institutional Reform
ஜொகூர்
மக்கள் சக்தி ஜொகூர் அமைப்பு உறுதிப்படும் – தேர்தலை நோக்கிய செயல்திட்டம் தீவிரம்
ஜொகூர்
403 பிரச்சினைகள் முன்வைப்பு – தாங்காக் செயல் கூட்டம் மூலம் தீர்வில் வேகம், ஜொகூர் அரசு உறுதி