Alaioli
By Ilamparithi
KUALA LUMPUR – Lebih RM18.3 juta aset tak alih disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan berhubung kes penyelewengan dana melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini.
Hantaran video di TikTok rasmi SPRM memaparkan antara aset yang diambil tindakan dalam operasi berkenaan.
Sitaan tersebut antaranya melibatkan 14 hartanah yang dikenal pasti terdiri daripada tujuh unit rumah kediaman, tiga unit ruang pejabat serta empat lot tanah di beberapa lokasi.
Berdasarkan nilai pasaran semasa, keseluruhan aset yang disita dianggarkan berjumlah RM18.36 juta.
Langkah sitaan itu dilaksanakan bagi membantu siasatan lanjut berkaitan dakwaan penyelewengan dana NGO terbabit.
Media sebelum itu melaporkan penahanan tiga individu termasuk timbalan pengerusi NGO terbabit.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek, dua daripadanya merupakan pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.
Siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga kegunaan peribadi.
Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi membantu golongan yang memerlukan.- Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
கோலாலம்பூர் டேவான் பண்டாராயா மண்டப வாடகை முன்கட்டணத் தொகை வரும் மே முதல் நாளில் இருந்து குறைக்கும் நடவடிக்கை அமலுக்கு வரும்! ஹன்னா இயோ தகவல்
புத்ராஜெயா
Kes seleweng dana RM230 juta: SPRM sita aset RM18.36 juta
கோலாலம்பூர்
Lima negeri dilanda hujan lebat hingga 7 malam ini - MetMalaysia
Pembunuhan
2 suspek kes tembakan diberkas polis, pistol dirampas
புத்ராஜெயா
Tiada bukti teknikal wujud pendedahan radiasi sebabkan kanser dalam kalangan kakitangan di PPUM - KKM
மலேசியா
MCA Youth Formalizes Support for “Tangkap Azam Baki” Rally; Demands Urgent Institutional Reform
ஜொகூர்
மக்கள் சக்தி ஜொகூர் அமைப்பு உறுதிப்படும் – தேர்தலை நோக்கிய செயல்திட்டம் தீவிரம்
ஜொகூர்
403 பிரச்சினைகள் முன்வைப்பு – தாங்காக் செயல் கூட்டம் மூலம் தீர்வில் வேகம், ஜொகூர் அரசு உறுதி