Alaioli
Kerajaan Pulau Pinang Guna Pendekatan Tersusun Selesai Isu RIBI

oleh Maahgeshan 

11 Mac 2026 

Bukit Mertajam – Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited menyelesaikan isu Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kelulusan melalui kaedah penempatan semula, penyediaan tapak alternatif, dan proses pemutihan.

 

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa pendekatan tersusun ini penting bagi memastikan penyelesaian jangka panjang yang seimbang. Tegas beliau, walaupun toleransi diberikan kepada struktur sedia ada, Kerajaan Negeri tetap tegas terhadap sebarang pembinaan baharu tanpa kebenaran bagi mengelakkan masalah berulang.

 

Mengenai isu RIBI di Bukit Mertajam, beliau mengesahkan pihak kerajaan sedang mengenal pasti tapak alternatif yang sesuai. Tambahnya, pengurusan isu RIBI di Pulau Pinang kini lebih terkawal hasil kerjasama semua pihak demi memelihara ketenteraman awam.

Leave a Comment
Trending News