Alaioli
MP BANGI desak tindakan tegas terhadap individu hina simbol agama Hindu

S.KUMARA

SHAH ALAM - Wakil rakyat mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan kadar segera susulan perbuatan seorang individu yang didakwa menghina simbol agama Hindu.


Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata, mengutuk keras tindakan yang melampau itu, sama seperti kecamannya terhadap perbuatan menghina al-Quran pada Februari lalu.


Katanya,dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama, keharmonian dalam kalangan rakyat penting dijaga.


“Segala perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama harus dielakkan. Begitu juga dengan sebarang hinaan serta provokasi agama, tidak kira agama wajar diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.


\"Isu penggunaan tanah dan rumah ibadat yang dibina tidak mengikut peraturan tidak sama sekali mewajarkan tindakan seperti ini,\" katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Terdahulu media melaporkan, seorang individu menghina simbol agama Hindu iaitu ‘Trisula’ yang telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu.-Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News