Alaioli
Majlis perkahwinan bertukar kecoh kerana agihan paha ayam

Oleh S.KUMARA

NEW DELHI Mac 31- - Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung meriah di Amroha, India pada Sabtu bertukar huru-hara apabila pertikaian kecil berkaitan makanan mencetuskan pergaduhan besar dalam kalangan tetamu, lapor India Today.


majlis yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar menjadi \'zon perang\' apabila tetamu yang hadir dipercayai berebut untuk potongan paha ayam dalam hidangan nasi beriani.


Rakaman pergaduhan itu kini tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi pengguna platform tersebut di India serta serata dunia.


Menurut saksi, pertikaian bermula semasa makanan dihidangkan apabila sebahagian tetamu tidak berpuas hati dengan pembahagian potongan paha ayam di majlis tersebut.


Dalam sekelip mata, perselisihan itu bertukar menjadi pergaduhan fizikal, dengan tetamu dilihat membaling kerusi, menumbangkan meja dan menimbulkan panik di seluruh dewan majlis perkahwinan tersebut.


Beberapa tetamu lain cuba menenangkan keadaan, namun kekecohan sudah berlaku dan gagal ditangani segera.


Video yang tular memaparkan suasana seperti 'perkelahian bebas\', dengan tetamu menolak, menjerit dan melempar objek manakala yang lain berusaha menjauh dari kekacauan.-Agensi

Leave a Comment
Trending News