Alaioli
By S.KUMARA
KUALA LUMPUR – Polis telah berjaya menahan pemandu kenderaan jenis Perodua Axia yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari seorang anggota trafik di Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada Jumaat minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek telah ditahan petang Isnin.
Katanya, individu itu kini sedang menjalani ujian saringan pernafasan (EBA) dan air kencing.
“Suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut telah ditahan dan sedang menjalani proses laporan polis serta ujian EBA dan air kencing,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.47 malam Jumaat, mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas di kawasan petak kuning sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan.
Pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun melarikan diri tanpa berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa.
Mohd Zamzuri dilaporkan berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan termasuk luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala selain sakit di bahagian rusuk.-Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
சித்திரைப் புத்தாண்டை வரவேற்போம்- கோபிந்த் சிங் டியோ வாழ்த்து
சிலாங்கூர்
சிப்பாங் அனைத்துலக விமான நிலைய வாகன நிறுத்தத்தில் 82 கிலோ கிராம் போதைப் பொருள் பறிமுதல்- டத்தோ ஷஸேலி கஹார்
சிலாங்கூர்
Sindiket dadah antarabangsa cuba seludup syabu, ganja bernilai RM5.45 juta melalui KLIA 1 tumpas
சிலாங்கூர்
12 PATI ditahan oleh APMM dalam Op Ehsan dan Op Khas Tanjung 2 di Klang
கோலாலம்பூர்
Pemandu Perodua Axia langgar lari anggota trafik berjaya dicekup
சிலாங்கூர்
பந்திங் சட்ட மன்ற மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்தம் குளிர வைக்கும் சித்திரைப் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துகள்
பேராக்
சுங்கை சிப்புட் மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்திரைப் புத்தாண்டு வாழ்த்துகள்..!
சிலாங்கூர்
உலு யாம் சாலை நடுவே விழுந்து கிடந்த மரக் கிளையை அப்புறப்படுத்திய பாப்பா ராய்டு வின் மனித நேய சேவை