Alaioli
By S.KUMARA
KLANG – Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dalam operasi bersepadu Op Ehsan dan Op Khas Tanjung 2 di pesisir pantai Batu Laut, di sini, pada Ahad.
Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, operasi kira-kira jam 2.30 pagi itu dilaksanakan hasil maklumat risikan yang membawa kepada tindakan pantas menggerakkan Bot Pengawal 25 ke lokasi.
“Operasi tersebut melibatkan kejar buru di laut sebelum serbuan serentak dijalankan di darat dan perairan bagi mengekang cubaan kemasukan PATI melalui laluan tidak sah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga Myanmar, dua kanak-kanak lelaki warga Myanmar, tiga wanita warga Indonesia, tiga wanita warga Myanmar serta seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar, berusia antara tiga hingga 39 tahun.
“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 selepas semua individu terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
“Turut dirampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan oleh tekong darat,” ujarnya lagi.
Menurutnya, kesemua individu yang ditahan bersama kenderaan tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut.
Tegasnya lagi, APMM komited untuk terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.-Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
சித்திரைப் புத்தாண்டை வரவேற்போம்- கோபிந்த் சிங் டியோ வாழ்த்து
சிலாங்கூர்
சிப்பாங் அனைத்துலக விமான நிலைய வாகன நிறுத்தத்தில் 82 கிலோ கிராம் போதைப் பொருள் பறிமுதல்- டத்தோ ஷஸேலி கஹார்
சிலாங்கூர்
Sindiket dadah antarabangsa cuba seludup syabu, ganja bernilai RM5.45 juta melalui KLIA 1 tumpas
சிலாங்கூர்
12 PATI ditahan oleh APMM dalam Op Ehsan dan Op Khas Tanjung 2 di Klang
கோலாலம்பூர்
Pemandu Perodua Axia langgar lari anggota trafik berjaya dicekup
சிலாங்கூர்
பந்திங் சட்ட மன்ற மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்தம் குளிர வைக்கும் சித்திரைப் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துகள்
பேராக்
சுங்கை சிப்புட் மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்திரைப் புத்தாண்டு வாழ்த்துகள்..!
சிலாங்கூர்
உலு யாம் சாலை நடுவே விழுந்து கிடந்த மரக் கிளையை அப்புறப்படுத்திய பாப்பா ராய்டு வின் மனித நேய சேவை