Alaioli
Sindiket dadah antarabangsa cuba seludup syabu, ganja bernilai RM5.45 juta melalui KLIA 1 tumpas

SHAH ALAM - Sinsiket aktif terlibat aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa apabila cuba menyeludup keluar dadah jenis syabu dan ganja bernilai keseluruhan RM5.45 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terminal 1 gagal apabila dilumpuhkan Polis Diraja Malaysia.


Kejayaan rampasan dadah seberat RM82 kilogram itu menyusul menerusi serbuan berasingan di sekitar KLIA, Sepang pada 5 dan 6 April lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kes pertama melibatkan tangkapan dilakukan ke atas seorang jurujual pakaian di kawasan parkir kenderaan sebuah pusat beli-belah sekitar KLIA pada 5 April lalu.


Katanya, penahanan wanita warga tempatan berusia 19 tahun itu dan pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawahnya telah berjaya menemukan 12 bungkusan plastik disyaki berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 12.5 kg bernilai RM625,000.


"Saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.


"Serbuan pada 6 April lalu di Terminal 1, KLIA pula membawa kepada penemuan tiga bagasi dipercayai milik tiga lelaki tempatan berisi 90 bungkusan plastik disyaki dadah jenis bunga ganja seberat 45 kg bernilai RM3.6 juta,” katanya pada Sidang Media Kejayaan JSJK, Isnin.


Tambah beliau, kesemua suspek berusia antara 26 hingga 37 tahun yang bekerja sebagai juruteknik komputer dan pengawal keselamatan terlebih dahulu ditahan di lapangan terbang di sebuah negara di Eropah hasil kerjasama dengan pihak polis negara berkenaan.


"Penahanan terhadap mereka ini telah dilakukan pada 8 April oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA. Dua daripada suspek didapati positif dadah amphetamine dan methamphetamine manakala polis turut menyita wang tunai sebanyak £190 (RM1,000).


"Pemeriksaan lanjut turut mendapati dua daripada mereka masing-masing mempunyai empat dan enam rekod lampau. Kami percaya dadah ini untuk diedarkan di pasaran antarabangsa,” katanya.


Sementara itu, Shazeli turut memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan Syazwani Farhana Dron, 33, yang dipercayai pemilik bagasi mengandungi 23 bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 24.5 kg bernilai RM1.225 juta dipercayai untuk diedarkan ke pasaran Sabah.


Shazeli berkata, wanita itu didapati telah melarikan diri selepas menyedari bagasi itu ditahan dan tidak menaiki penerbangan berkenaan.


"Kesemua mereka ini dipercayai keldai dadah kali pertama daripada sindiket berasingan dan ditawarkan ganjaran lumayan serendah RM5,000 selain perbelanjaan tiket dan penginapan mereka ditaja pihak sindiket,” katanya.


Kesemua suspek yang ditahan direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.- Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News