Alaioli
Oleh S.KUMARA
KUALA LUMPUR - Badan Peguam Malaysia memohon perintah mahkamah bagi memaksa Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi atas kesemua 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Menurut laporan media, Badan Peguam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara pada 8 Jan lalu untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) dalam semua kes jenayah terhadap timbalan perdana menteri itu.
Memetik dokumen mahkamah, New Strait Time melaporkan Badan Peguam mendakwa keputusan Peguam Negara memberikan NFA kepada presiden Umno itu tercemar kerana \"tidak rasional, tidak munasabah dan bertentangan dengan kepentingan awam.”
Badan Peguam juga berhujah keputusan tersebut dibuat tanpa alasan mencukupi atau bahan sokongan yang memadai serta bercanggah dengan garis panduan pendakwaan yang ditetapkan.
“Keputusan itu tidak selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini pada 24 Jan 2022, yang mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Zahid dan mengarahkannya membela diri atas semua pertuduhan.
“Keputusan tersebut bertentangan dengan kepentingan awam, memandangkan pembaziran masa dan sumber kehakiman yang besar, serta dana awam.
“Keputusan memberikan NFA dibuat tanpa disokong fakta dan bukti,” menurut badan berkanun yang mewakili lebih 25,000 peguam di Semenanjung Malaysia itu.
Permohonan Badan Peguam, yang difailkan oleh firma guaman Abhilaash Subramaniam & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menamakan Peguam Negara dan Zahid sebagai responden pertama dan kedua.-Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
சித்திரைப் புத்தாண்டை வரவேற்போம்- கோபிந்த் சிங் டியோ வாழ்த்து
சிலாங்கூர்
சிப்பாங் அனைத்துலக விமான நிலைய வாகன நிறுத்தத்தில் 82 கிலோ கிராம் போதைப் பொருள் பறிமுதல்- டத்தோ ஷஸேலி கஹார்
சிலாங்கூர்
Sindiket dadah antarabangsa cuba seludup syabu, ganja bernilai RM5.45 juta melalui KLIA 1 tumpas
சிலாங்கூர்
12 PATI ditahan oleh APMM dalam Op Ehsan dan Op Khas Tanjung 2 di Klang
கோலாலம்பூர்
Pemandu Perodua Axia langgar lari anggota trafik berjaya dicekup
சிலாங்கூர்
பந்திங் சட்ட மன்ற மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்தம் குளிர வைக்கும் சித்திரைப் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துகள்
பேராக்
சுங்கை சிப்புட் மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்திரைப் புத்தாண்டு வாழ்த்துகள்..!
சிலாங்கூர்
உலு யாம் சாலை நடுவே விழுந்து கிடந்த மரக் கிளையை அப்புறப்படுத்திய பாப்பா ராய்டு வின் மனித நேய சேவை