Alaioli
Oleh S.KUMARA
PUTRAJAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP) yang menyambut ulang tahun ke-73, hari ini, dilaporkan membuat ketetapan untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pegawai Media Nasional PPP, Jeyaratnam Manium @ Ajaay, berkata parti itu bawah kepimpinan Presiden, Datuk Dr Loga Bala Mohan, sedang menjalani penstrukturan semula secara menyeluruh.
Katanya, ia termasuk memperluaskan rangkaian cawangan di seluruh negara, dan memperkukuhkan pimpinan peringkat bahagian serta akar umbi.
"Parti ini juga mengumumkan hasrat bertanding lapan kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN pada PRU akan datang, dengan matlamat jangka panjang untuk memperoleh perwakilan yang bermakna di Parlimen.
"Walaupun sasaran ini dilihat mencabar, pemerhati politik berpendapat landskap politik Malaysia sentiasa berubah, kebangkitan parti seperti DAP dan PKR serta perubahan dalam Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam politik," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jeyaratnam turut menambah bahawa Loga Balan yang juga bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dikenali dengan gaya tenang, profesional serta diplomatik, terus memberi tumpuan kepada usaha membina semula kredibiliti parti serta memperkukuhkan struktur organisasi.
Bawah kepimpinan Loga, beliau berkata, PPP berjaya kembali menyertai BN di mana Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan keyakinan bahawa parti itu mampu memainkan peranan penting.
"Dengan hala tuju baharu, kerjasama yang diperkukuh dan peningkatan keahlian, PPP dilihat berada di landasan untuk bangkit semula secara berperingkat.
"Malah, ahli dan penyokong parti itu juga semakin yakin bahawa bawah kepimpinan Loga, PPP mampu kembali sebagai suara yang berpengaruh dalam politik Malaysia," tegas beliau lagi.-Alaiolinews
கோலாலம்பூர்
சித்திரைப் புத்தாண்டை வரவேற்போம்- கோபிந்த் சிங் டியோ வாழ்த்து
சிலாங்கூர்
சிப்பாங் அனைத்துலக விமான நிலைய வாகன நிறுத்தத்தில் 82 கிலோ கிராம் போதைப் பொருள் பறிமுதல்- டத்தோ ஷஸேலி கஹார்
சிலாங்கூர்
Sindiket dadah antarabangsa cuba seludup syabu, ganja bernilai RM5.45 juta melalui KLIA 1 tumpas
சிலாங்கூர்
12 PATI ditahan oleh APMM dalam Op Ehsan dan Op Khas Tanjung 2 di Klang
கோலாலம்பூர்
Pemandu Perodua Axia langgar lari anggota trafik berjaya dicekup
சிலாங்கூர்
பந்திங் சட்ட மன்ற மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்தம் குளிர வைக்கும் சித்திரைப் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துகள்
பேராக்
சுங்கை சிப்புட் மக்கள் சேவை மையத்தின் சித்திரைப் புத்தாண்டு வாழ்த்துகள்..!
சிலாங்கூர்
உலு யாம் சாலை நடுவே விழுந்து கிடந்த மரக் கிளையை அப்புறப்படுத்திய பாப்பா ராய்டு வின் மனித நேய சேவை