Alaioli
Piala Dunia 2026: FIFA dikritik kerana harga tiket terlampau mahal

Oleh SUKAN ALAIOLI

KRITIKAN hebat kini menghujani Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjelang saingan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.


Badan induk itu didakwa lebih mengutamakan keuntungan berbanding kepentingan sukan bola sepak selepas memperkenalkan kategori tiket baharu dengan harga yang dianggap melampau.


Langkah FIFA memperkenalkan kategori tiket lebih mahal itu mencetuskan kemarahan peminat di seluruh dunia, memandangkan beberapa tempat duduk kini mencecah harga tertinggi dalam sejarah kejohanan.


Sebagai contoh, kategori baharu iaitu ‘Front Row 1’ bagi perlawanan pembukaan melibatkan Amerika Syarikat menentang Paraguay di Englewood pada 12 Jun 2026, diletakkan pada harga AS$4,105 (RM16,276).


Sebelum perubahan ini diperkenalkan, harga tiket Kategori 1 tidak pernah melebihi paras AS$2,735 (kira-kira RM10,844).


Malah, tanpa sebarang pengumuman rasmi, kategori kedua iaitu “Front Row 2” turut muncul dengan harga antara AS$1,940 hingga AS$1,940 hingga AS$2,330 untuk perlawanan yang sama.


Leave a Comment
Trending News