Alaioli
Pas sedia terima Hamzah Zainudin sebagai Ahli - Takiyuddin Hassan

By S.KUMARA


KOTA BHARU - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu memohon sebagai ahli Pas terlebih dahulu sekiranya mahu menyertai parti tersebut.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli termasuk bekas ketua pembangkang itu.


Bagaimanapun katanya, kemasukan itu perlu mengikut prosedur ditetapkan.


\"Hamzah kena memohon dahulu barulah kita buat keputusan. Itu, merupakan prosedur biasa,\" katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini pada Ahad.


Menurut beliau, Pas masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Hamzah buat masa ini.


Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, Pas telah menerima lebih daripada 2,000 ahli baharu.-Alaiolinews

Leave a Comment
Trending News